P E D I H

dulu..
masa itu terus ligat
dalam kotak akal yang kian buntu
kau..
masih terus disitu
suatu tempat yang payah ku jauhi
namun kau terusan datang dan mengacau
meskipun waktu tenang itu selalu ada
masa dulu yang menyusahkan selalu datang bagaikan suatu kesenangan
aku
umpama perempuan sundal yang dahaga keghairahan cinta
yang kosong dan kelam
wujudnya sebatang tubuh mu di depan ku bukan ilusi
namun pasti
jam berlalu dan terus berlalu
kau
tetap disitu mengingatkan aku pada waktu lalu
yang sudah pastinya
payah dilepaskan
apa rahsia mu?
apa mahu mu?
apa helah mu?
apa, apa dan apa?
kenapa masih terus datang dan datang lagi
tanpa henti
aku lemas!
kehadiran yang merimaskan
sesuatu yang selalunya buruk
teruk dan busuk itu
terasa terlalu sukar untuk
dibuang tapi hati..
ingi terus menyimpan pada ruang
yang suci lagi harum
ingatkan aku tentang jahatnya watak mu
dalam kisah itu dulu
kerana hingga kini aku terus terusan mengenangkan
kebaikan mu yang palsu lagi membuntukan
untuk apa kau datang?
untuk apa menagih?
untuk apa memberi?
untuk apa kau sakiti?
dan untuk apa kau ingin kembali?
pergi!!!
jangan dekat!
kerana aku kenal hati ku
andai kau terus disini
dirimu akan ku kejari lagi
walaupun kaki letih melangkah
kau dan aku tidak lagi bertemu
tidak lagi bersuara
tapi kenapa kau seakan tetap masih disitu
kerana aku!
kerana aku tidak pernah melupakan kisah itu!
kisah sandiwara biasa
perjalanan yang ku lalui ini
perjalanan kita lalui dulu
biarpun payah namun hanya laluan ini
yang perlu aku lalui
masa berlalu dan berlalu lagi
akan ku hitung
akan ku bilang
akan ku kira
akan ku terus dan terusan bertahan
demi satu kisah
kisah yang membawa ku pergi
jauh dari kau
seorang insan bodoh
akan ku terus dan terusan laluinya
demi jalan itu
jalan kebahagiaan..

Comments

Popular posts from this blog

Rasa

RUMAH

Penat