Posts

Showing posts from November, 2009

A B A N G

Takbir bergema malam tadi, aku termenung sepi leka dengan musik, seketika tersedar, aidiladha menjelma, musik tadi kini sepi, hanya laungan takbir terus mengiringi, khayalan yang jauh ke sana ke mari, takbir itu seakan memanggil aku ke situ, terdiam.. suasana sepi, dan laungan takbir juga berhenti, sekilas itu, menerpa bayangan masa lalu, antara engkau dan aku.. kita pernah sekali berlari-lari, mengelilingi rumah itu dan padang itu, kau pernah membawa aku ke kawasan itu, kawasan baru buat aku, dan kawasan itu melukai mu, hingga kau tidak lagi mampu ke situ membawa aku.. kau menjadi superhero ku, di setiap waktu.. 14 tahun berlalu, ingatan kekal untuh, kau bersemadi jauh dalam benak ku, walaupun kau tidak di sini menemani, ku tahu kau selalu dekat di hati, nantikan ku di syurga sana, kita kembali bersama.... Allahyarham Muhammad Hanif Firdaus 1989-1996

B E R B A G I - B A G I

hati, satu harta yang berharga, cinta, perkara yang nyata, kasih, sentiasa ada, rindu menerpa jiwa, namun mengapa hati masih lagi berbagi, cinta ku seperti tertangguh, kasih ku seakan rapuh, rindu ku seolah luput, kau, perkara yang sangat membahagiakan, kau, hal yang mendamaikan, dan kau rahsia yang tidak dapat ku ungkapkan, kau, aku.. selalu disini, sentiasa menemani dan mengasihi, tapi hati, kenapa hati aku?? kenapa hati aku selalu berbagi tentang mu, kau sumber ilham ku, aku sumber kekuatan mu, kau sumber ketenangan ku, aku sumber kekusutan mu, kau sumber kekalutan ku, kau dan aku, adalah tawa dan duka dalam cerita ini, tanpa aku tiada cerita, tanpa engkau tiada kisah baru, namun masih berbagi-bagi.. hakikatnya nanti ku sedar, buruk mu, jahat mu, ego mu, cinta mu, kasih mu, rindu mu, hati mu, bersatu membentuk aku , yang satu ...

CINTA yang AGUNG

Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya.. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia.. Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata 'Aku turut berbahagia untukmu' Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimu... Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI .. Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya.. tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati bersamanya... Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh KHALIL GIBRAN

P E D I H

dulu.. masa itu terus ligat dalam kotak akal yang kian buntu kau.. masih terus disitu suatu tempat yang payah ku jauhi namun kau terusan datang dan mengacau meskipun waktu tenang itu selalu ada masa dulu yang menyusahkan selalu datang bagaikan suatu kesenangan aku umpama perempuan sundal yang dahaga keghairahan cinta yang kosong dan kelam wujudnya sebatang tubuh mu di depan ku bukan ilusi namun pasti jam berlalu dan terus berlalu kau tetap disitu mengingatkan aku pada waktu lalu yang sudah pastinya payah dilepaskan apa rahsia mu? apa mahu mu? apa helah mu? apa, apa dan apa? kenapa masih terus datang dan datang lagi tanpa henti aku lemas! kehadiran yang merimaskan sesuatu yang selalunya buruk teruk dan busuk itu terasa terlalu sukar untuk dibuang tapi hati.. ingi terus menyimpan pada ruang yang suci lagi harum ingatkan aku tentang jahatnya watak mu dalam kisah itu dulu kerana hingga kini aku terus terusan mengenangkan kebaikan mu yang palsu lagi membuntukan untuk apa kau datang? untuk a