Posts

Showing posts from 2013

Pinta Paling Ikhlas

Maka biar doa terus memeluk kita hingga tak ternafas dada berdua

Tindih

Pada saat semua kelam Habis hilang semua tenggelam Jauh gelap paling dalam Rosak jiwa remuk dendam

Cinta tanpa noktah

Gadis, Jiwa paling tersentuh rasanya mudah membengis mudah dibahagia di letak semua percaya pada lelaki keduanya Lupa, waktu pertama hidu dunia ada suara iqamat lelaki utama. Di hujung akhir, sempit ruang dada dengan cinta penuh ayahanda. Kuala Lumpur, 11 Ogos 2013

Izinkan

Sungguh, Aku hanya mampu memuja dari jarak terjauh dalam hiba mencipta kata melakar rasa tanpa sampai pada kau semua Moga jarak terlapang aku ini di lalu angin laju membawa semua rasa jauh ke tepi teman kau ketika jaga.

Panjang Jalan

Pada hari ke seribu sembilan kosong tujuh Banyak luka kita dan banyak kita ketawa Usahlah di tanyakan sampai bila semua Biarkan, itu hanya Tuhan punya kuasa.

Cheneh III

Kalau saja kau ambil tahu Apa yang tak mampu aku akur Pada kelabu dingin malam Berkarang doa nada suram Aku tuliskan kata berbalut rasa Biar memeluk kau ketika jaga Rasa jauh yang menyenangkan Lalu mati tanpa di temukan.

Hitam.

Siapa akan bilang kalau esok kau bakal jatuh dan rabak? Hanya keyakinan mampu jadi perawat mustajab pada masa paling gelap.

Lelah

Aku dah mula tua belia balik kampung seorang diri balik ke rumah lagi macam wakil sukaneka lari berganti-ganti. Lelap.

Usah

Jangan di palingkan aku, Tuhan

Lagu sendu

Sayang Andai boleh aku khabarkan Tentang satu rasa yang paling dalam Pastinya rasa itu semua milik mu Sayang Andai boleh aku lagukan Satu nada dan irama syahdu Pasti itu suara sanubari tulus Sayang Andai mampu aku kerahkan Semua keringat dan semangat Pastinya semua tercurah buat kamu Sayang Meski kata ku pedih Walau suara ku menghiris Tak sekali aku bernafas Tanpa ingatan pada mu Di setiap lafaz

Ketara

Semua jadi ketara Saat kita mula bicara Tentang apa ada dengan rasa Rasa yang pastinya tak sama Semua jadi tak keruan Bila aku mula kau bodohkan Pada setiap kata terlafazkan Aku telan walau di tekan Tunggu Saat aku belum sampai

Cukup

Aku kira semua sudah tak sama seperti pada waktu mula Pada saat kau ragut semua hingga hilang segala rasa

Pada Kamu

Harap aku pada kamu, bukan pada not kertas bukan pada raut wajah bukan pada gagah tubuh Harap aku pada kamu, selalu pada doa tak putus selalu pada langkah selaku selalu pada janji yang itu

Tunai

Untuk waktu duka yang sentiasa ada Untuk setiap suka ketawa bersama Dalam gelap langit siang Dalam cerah bulan malam Pada rasa terpaling tenang Pada jiwa jauh terdalam Aku kubur kan satu noktah Noktah pada janji Tuhan Yang entah kapan boleh di tuntut Aku janjikan cuma impian Aku tuliskan hanya angan Andai ada restu dari Tuhan Sampai ke hujung tali nafas Aku paku jiwa untuk kamu. Dengkil, 17 Feb 2013