Posts

Showing posts from April, 2011

Manusia Gila

Baca sini baik-baik Agama memang segalanya agama adalah jantung untuk semua manusia yang hidup tak kira manusia bangsa apa, semua ada naluri untuk percaya tak kira apa agama sekalipun. Beza yang ketara, agama islam sangat suci. Ya! kami mungkin kelihatan jahil kami mungkin abai larangan tapi kami sama manusia sama manusia macam kau yang ada agama, yang tahu Allah itu segalanya. Guna ilmu yang jauh ilmu yang tak semua mampu rasa untuk betulkan keadaan bukan untuk kau jadikan alasan aibkan orang merata. Apa kau Tuhan? cebik jijik, pandang buruk apa manusia lain buat? Tolonglah, tolong kau fikir tolong kau kaji tolong cermin apa kau sudah cukup sempurna segala? Apa Tuhan mahu beri kau syurga? kalau aib yang kau canang merata? Walau ceruk Mesir mana  tak mampu sorok salah manusia. Apa tak jahil kau rasa? bawa aib, bawa buruk kesana, kesini tinggikan saham sendiri. Tak suka,  sampaikan baik-baik sehalus selembut mungkin itu tanda kau beriman. Tak apalah, Tuhan ada, DIA lihat semua..

Biar

Hari ini menangis Tak apa, hati yang kuat. Esok-esok ada, pedulikan semua. "Melayu memang gitu" - ibu-