Posts

Showing posts from 2011

Sebak jam 5 petang

Mungkin kau tak sedar jauh dalam hati aku bermimpi menaip kertas kerja menahan mata dari terlelap menghadap patah perkataan menghafal segala butiran bergelak ketawa tak hingat-hingat Untuk tidak terus jadi bebanan, aku lepaskan. *titis.

Mudah bukan?

Untuk kau tahu tak semua bukan semua  perihal, tidak segala tanggapan hanya sekadar kau.

Buta.

Untuk sekian kali ada masa jiwa melayang jauh.  Entah mana tujuan terus, aku terus-terus tunggu pada penantian mana perhentian, Lalu aku tuntut untuk jarak masa yang berdekad Sangkaan tersasar meleset salah haluan bukan kau tak bukan kau  jadi harapan.

Ikut saja arus

Aku pilih keputusan ini tapi pemikiran yang ini takdir tuhan aku takdir yang sudah janji sudah tetap sejak azali.

Apa?

aku tak tahu kadang-kadang aku rasa penat kadang-kadang aku rasa bosan sekarang aku tak tahu tak tahu apa rasa rasa bodoh rasa bangang rasa tak apa-apa tak punya apa Sesak pun mesti aku tanggung ini aku pilih ini aku nekad biarlah, lantak.

Memberontak

Akan ada masa kau marah ibu kau marah ayah kau marah semua akan ada hal kau mengelak kau mengalah kau menyampah akan ada cara kau turutkan kau ikutkan kau kuatkan dan aku tahu lama mana lagi hal semacam ni? semua jadi untuk esok-esok esok hari kau masa depan kau jangan mengeluh jangan mengalah jangan menyerah Ikutkan, ikutkan sajalah.

Angin dan Ribut

Sekarang aku terkandas tersesat terlepas tersadai tak tahu nak pilih kelmarin yang pijar atau puing cinta? tapi tanpa sedar aku biar yang awal tertinggal jauh terbelakang.

Cheneh II

Tetap aku tak mampu untuk kali ini Nyata aku harus menipu pada hati dan rasa sendiri ini patut lebih adil untuk sekian kali selisih pun tak mampu biarlah lepaslah

3 Pagi

Lepas 14 hari kenapa pukul 3 pagi semalam waktu aku mula mamai waktu aku mula lalai bila aku mula sedar aku sudah lupa kiriman berbau batiniah 3 pagi semalam biar padam lepaskan.

Paling

Kalau jodoh boleh di pilih aku pilih Terengganu.

Lemas

Ini bukan hal yang baik boleh jadi kejam Tapi bukan aku aku tak minta tak harap ini yang aku rasa tapi aku senang tanggung semua bahagia semua derita Kalau itu satu Kau;

Joe.

Subuh Tercongok depan pintu kaca tunggu waktu masuk imsak waktu kau selalu panggil aku Kerusi kayu tunjuk setia waktu muda waktu matang dewasa Tetap sini yang aku tunggu tunggu hari Entah tak tahu tak pasti.

Cheneh

Image
Aku nak jauh paling jauh Bukan yang ini Jauh sana jauh yang aku selesa jarak yang aku puja jasad yang aku seksa Tolong aku tolong faham Aku nak jauh sana tempat yang aku tunggu kau ada Tapi kau tak ada. Kijal, Jan 2011

Entah

Image
Sejak bila entah bila tak sedar langsung tak sedar Budak perempuan menung hadap pohon jambu merah kuning separuh masak macam hati yang separuh-separuh Budak perempuan baju hitam seluar hijau terbang harap nampak laut Kijal

Muram

Image
Esok lusa, Entah akan ada.

Jalan Kaki

Ya ALLAH, Tolong lah... Aku lelah Penat.

August.

Wujud rasa yang tak ada tak ada hari-hari. Semalam datang, untuk sekian kali. Sini aku tunggu waktu jemu mengira senja.

Porno

Hari ini anak-anak kecil bukan lagi boleh kau pangil kanak-kanak Mereka sudah matang kau tahu? Setiap hari mereka tonton mereka baca diari ghairah orang yang pada mereka tiada beza Baik dari akal baik dari usia Nah! Lihat kita berjaya bukan? didik anak-anak cara dewasa

Manusia Gila

Baca sini baik-baik Agama memang segalanya agama adalah jantung untuk semua manusia yang hidup tak kira manusia bangsa apa, semua ada naluri untuk percaya tak kira apa agama sekalipun. Beza yang ketara, agama islam sangat suci. Ya! kami mungkin kelihatan jahil kami mungkin abai larangan tapi kami sama manusia sama manusia macam kau yang ada agama, yang tahu Allah itu segalanya. Guna ilmu yang jauh ilmu yang tak semua mampu rasa untuk betulkan keadaan bukan untuk kau jadikan alasan aibkan orang merata. Apa kau Tuhan? cebik jijik, pandang buruk apa manusia lain buat? Tolonglah, tolong kau fikir tolong kau kaji tolong cermin apa kau sudah cukup sempurna segala? Apa Tuhan mahu beri kau syurga? kalau aib yang kau canang merata? Walau ceruk Mesir mana  tak mampu sorok salah manusia. Apa tak jahil kau rasa? bawa aib, bawa buruk kesana, kesini tinggikan saham sendiri. Tak suka,  sampaikan baik-baik sehalus selembut mungkin itu tanda kau beriman. Tak apalah, Tuhan ada, DIA lihat semua..

Biar

Hari ini menangis Tak apa, hati yang kuat. Esok-esok ada, pedulikan semua. "Melayu memang gitu" - ibu-

Tolong Ingatkan Aku.

Hey, kalau boleh kau baca yang ini aku taruh harap kau boleh artikan  dalam bahasa kau sendiri. Mana mungkin ada manusia lain rela beralas kotak berselimut embun semampu kau? Mana mau cari manusia lain datang berkepuk pulang terkosong  terbang bersama habuk? Mana lagi boleh aku cari manusia halus sifatnye tulus  mencarik hati? Aku perlu harus malah wajib  diperingatkan. Ada lelaki kampungan jiwanya kebal tak gentar tak hirau Langsung hilang peduli datangnya payah mahu satu  cuma itu. Senyum senget perempuan ini genggam kuat tangan gagah. Lelaki kampungan hanya itu mahunya, Cukup. Puas.

tunggu

jalan-jalan buang angan jalan basah tertindih hujan. rumah hujung jalan lambai minta segera pulang bau sore, datang mengulang jangan kau muram sayang esok pasti lagi datang.

ada waktu

aku mau tanya aku mau soal aku mau jawapan kenapa, kenapa dan kenapa? isi dunia lupa segala serakah tak kira jahat merata-rata. aku minta tolong  tunjuk jawapan tunjuk jalan tunjuk balasan. wahai Tuhan.

Senyap

Hujan jatuh ke bumi lagi, airmata jatuh lagi, semangat jatuh, hati patah. Otak memerah, hujan makin lebat, lihat orang makin penat, mata kian lesu. Bibir mula merapu, dunia sedang menang, anak muda ini mengerang, dia jatuh awal dalam medan perang. Diri dan jiwa resah, hujan mula perlahan, macam nafas dia dah tak terhembus, Semangat anak muda dah tertimbus. Diam. Adrelin Roosevelt, December 2010.

Tak Tenang

Sekarang aku sunyi, rasa melayang tak terbang, sayap patah melontar kata cari ayat tunjuk jiwa. Resah bila datang ghairah muda, Aku ingat, Aku harus lebih kuat.