Tolong Ingatkan Aku.
Hey,
kalau boleh kau baca yang ini
aku taruh harap kau boleh artikan
dalam bahasa kau sendiri.
Mana mungkin ada manusia lain
rela beralas kotak
berselimut embun
semampu kau?
Mana mau cari manusia lain
datang berkepuk
pulang terkosong
terbang bersama habuk?
Mana lagi boleh aku cari
manusia halus
sifatnye tulus
mencarik hati?
Aku perlu
harus
malah wajib
diperingatkan.
Ada lelaki kampungan
jiwanya kebal
tak gentar
tak hirau
Langsung hilang peduli
datangnya payah
mahu satu
cuma itu.
Senyum senget
perempuan ini
genggam kuat
tangan gagah.
Lelaki kampungan hanya itu mahunya,
Cukup.
Puas.
Comments