cela

Rabak mataku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Kini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sepi

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari

Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan celaku

Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan celaku

Mengapa tidak engkau cermin saja
Dirimu yang sempurna
Mempersona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa tidak kau bercinta saja
Dengan dirimu yang sempurna
Mempersona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahumu?
Bila mana kau juga seorang manusia?



Boneca

Comments

Popular posts from this blog

Cheneh II

Rasa

jauh sangat aku berjalan